SMK Tinggi Port Dickson.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson atau nama ringkasnya SMK Tinggi Port Dickson, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 3,Jalan Pantai. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson memiliki 900 pelajar lelaki dan 994 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1894 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru. Sekolah ini menawarkan pengajian dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.
A( http://smktinggipd.blogspot.my)
SEJARAH PENUBUHAN
Pendidikan Inggeris di Port Dickson bermula sebelum 1910 di sebuah sekolah persendirian. Walau bagaimanapun, terdapat desakan untuk membuka Sekolah Inggeris di bandar ini. Sekumpulan penduduk tempatan yang diketuai oleh Encik Kandiah, Ketua Pos telah membuat rayuan kepada kerajaan untuk mengambil alih sekolah persendirian milik Puan Edwards, isteri Ketua Polis Port Dickson. Sekolah ini menjadi asas kepada Sekolah Tinggi Port Dickson. Sekolah ini dipindahkan ke tempat letak kereta Balai Bomba dahulu. Selepas beberapa bulan kemudiannya, sekolah ini dipindahkan pula ke stor J.K.R sekarang. Pada tahun 1919, sekolah ini dipindahkan di tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson sekarang ini. Secara tradisi pada tahun-tahun permulaaannya, sekolah ini hanya mengambil guru-guru perempuan sahaja walaupun sekolah ini mempunyai pelajar lelaki dan perempuan.
Pada tahun 1924, sekolah ini memecahkan tradisi apabila Encik S.P.S Kannu dari Kuala Pilah dilantik menjadi Guru Besar. Semasa Encik S.P.S Kannu dilantik, bilangan pelajar di sekolah ini hanya 80 orang dan sehingga darjah 5 sahaja. Bilangan pelajar bertambah menjadi 200 orang dari tahun 1924 sehinggalah pada zaman peperangan Dunia Ke Dua di Malaya. Pelajar-pelajar yang telah tamat belajar terpaksa pergi ke Seremban untuk menyambung pelajaran.
Selepas tamat peperangan, sekolah ini dibuka semula. Sekolah ini ditempatkan buat sementara di Sekolah Melayu Kampung Gelam kerana sekolah yang sedia ada sedang dibaik-pulih kerana semasa Perang Dunia Ke Dua , Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson dijadikan sebagai Ibu Pejabat Syarikat Pembinaan Kapal Jepun. Enam bulan kemudian sekolah ini dibuka semula dan ditadbir oleh Encik Lionel Van Geyzel sebagai Guru Besar. Bilangan pelajar telah bertambah menjadi 656 orang . Dua blok bilik darjah dan kantin telah dibina.
Sekolah Inggeris Kerajaan telah dipisahkan menjadi dua iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 1958. Encik D.E. Fernandez menjawat jawatan Guru Besar bagi Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson. Pada tahun 1960, bilangan murid telah bertambah menjadi 893 orang. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah beroperasi di bangunan yang sama sehingga tahun 1963. Bangunan berasingan bagi Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson hanya dapat disiapkan pada bulan Januari tahun 1964. Dengan ini Sekolah Menengah Inggeris (SMI) Port Dickson ditubuhkan. Pada tahun 1968, bangunan Sekolah Menengah Inggeris telah siap dan murid-murid telah dipindahkan ke bangunan ini yang terletak di tempat yang ada sekarang ini.
Perasmian Pembukaan dan Penamaan
Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Bin Johari telah merasmikan pembukaannya pada 30 Mac 1966 dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Sekolah ini yang asalnya dinamakan Government English School telah ditukar menjadi Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) dan motto sekolah pula dipersetujui " To Each His Need From Each His Power" yang membawa maksud " Kejayaan Seseorang Itu Berpunca Daripada Usahanya Sendiri".
Enrolmen
Apabila STPD dibuka pada tahun 1924, bilangan pelajarnya hanyalah seramai 80 orang dan pendidikan hanya diberikan hingga darjah 5 sahaja. Bilangannya terus bertambah dari semasa ke semasa hingga mencecah angka 200 sebelum zaman Perang Dunia Ke-2. Kini, untuk tahun 2017, enrolmen SMKTD mencecah bilangan seramai 1602 orang dengan bilangan guru seramai 130 orang.
Persekolahan Satu Sesi STPD
Selepas Tuan Haji Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Sektor Bahagian Sekolah di JPNS jawatan Pengetua diisi oleh Encik Khoo Yee Liew, yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini, Oleh itu, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan status quo STPD sebagai Sekolah terunggul di daerah Port Dickson. Satu kejutan yang dilakukan beliau adalah mengadakan kembali persekolahan satu sesi yang pernah diadakan pada awal penubuhan sekolah ini pada tahun 1960an. Tanggal 1 Mei 2003, bersamaan hari Jumaat, STPD dengan jumlah pelajarnya mencecah 2300 orang memulakan persekolahan satu sesinya.

Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson
Km 3,Jalan Pantai,
71000, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066471295
Fax = 6066477307